Monday 19 January 2009

Boikot produk Israel

Sejauh mana atau selama mana rakyat Malaysia akan mengikut saranan Tun M tentang boikot produk USA dan Israel?

Adakah selepas Israel bersetuju dengan gencatan senjata, kita akan kembali semula membeli barangan mereka, membawa keluarga makan di McDonald's atau minum ice blended frappucino di Starbucks?

Anis kesal dengan sikap seorang rakan yang tanpa segan silu bercerita yang dia makan Prosperity Burger untuk dinner satu malam. Bila Anis ingatkan dia tentang saranan Tun M, dia memberi alasan, "Anak aku nak makan la, nak buat camne." Kenapa mesti salahkan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa atas ketidakprihatinan kita? Kalau kita boleh tolak permintaan anak yang inginkan sebuah kereta mainan, kenapa tidak untuk sekeping chicken nugget. Goreng la sendiri di rumah.

Sabtu lepas Anis dan keluarga berjalan-jalan di Hartamas. Kami lalu depan Starbucks dan ternampak seorang perempuan bertudung sedang minum disitu bersama rakan-rakannya. Mama sangat marah. Lebih-lebih lagi bila ada orang Islam yang makan di McD. Dia kata, "Cuba bayangkan daging yang diorang makan tu daging rakyat Palestin. Patut ada poster gambar burger McD tukar daging rakyat Palestin yang dah mati." Ngeri tapi Anis setuju.

Ahad lepas Anis ke klinik gigi. Semasa menunggu giliran, Anis terdengar seorang kanak-kanak lelaki yang merengek minta KFC dari ibunya. Sambil tersenyum ibunya menjawab, "Kita dah tak boleh makan KFC sekarang. Nanti kita pergi makan roti canai ye."

In the end, tepuk dada tanya selera hati.

Click here for Israel brand names.

3 comments:

Anonymous said...

abg firdaus (laki i)ada cakap dia teringin makan prosperity burger..pastu nisa cakap "makan la..bagi la duit kat Israel tu" hihi..pastu dia cakap "takde lah! teringin je..bkn nak makan"..hihi kelakar ada, kesian pun ada. tapi kita perlu cuba mana terdaya utk boikot.harap dapat la bertahan.

Anis said...

hehe...anis pun rindu gak especially strawberry shake. tapi boikot tetap boikot.

Anonymous said...

aku setuju dengan korang... kita cuba boikot sehabis baik! Apa sangatlah setakat tak makan Mc D dan minum kat Starbuck tuh!

Aku pun selalu pandang-pandang kat Mc D kalau lalu. Nak tengok ada tak Muslim yang masuk makan. Bila ada, mulalah mengomel sendiri, marah2.... Tak prihatin betul diorang ni kan?