Saturday 17 April 2010

Saya kehilangan 350ml darah

Jangan panik..bukan Anis accident ke apa. Sebenarnya nak citer pasal derma darah.. just nak share pengalaman Anis menderma darah pagi tadi. Ni bukan pertama kali Anis menderma.. pernah derma sekali 4 tahun lepas.

Anyway.. pagi tadi Anis sampai Pusat Darah Negara (PDN) dalam pukul 9.15am. Terkejut jugak bila nampak ada beberapa orang yang tengah tunggu giliran untuk menderma.. sebab ingatkan takde orang langsung. Because from personal experience.. bukan senang nak convince orang untuk menderma darah.

Selepas isi borang.. Anis disuruh untuk timbang berat badan.. sebab berat mesti melebihi 45kg.. pass. Then staff PDN akan test blood group dan level zat besi dalam darah.. pass and Anis disahkan sebagai penderma universal.. wuhu..


Next stage.. ambil tekanan darah dan interview pasal health history oleh staff PDN.. pass. Then proceed to bilik penderma darah.. biliknya macam wad hospital yang ada banyak katil. Since berat Anis kurang dari 50kg.. Anis cuma boleh derma 350ml darah je. Sesapa yang berat lebih 50kg.. akan derma 450ml.


Proses menderma hanya dalam 10 minit je.. pastu kena rehat 10 minit sebelum proceed ke kafe untuk diberi makanan dan minuman percuma.. tak tipu.. memang percuma. Diorang bagi nasi lemak, air panas secawan, biskut, buah dan 2 jenis ubat.. folic acid dan ferrous fumarate.

Dan ni beberapa donor lain dari SOC.. muka ceria je sebelum derma..


Lepas settle semua.. setiap ahli SOC yang datang dapat goodie bag lagi..


So untuk sesapa yang tak pernah menderma darah.. cuba fikir sejenak benefit yang kita dan orang yang memerlukan akan dapat dari 30 minit masa yang kita luangkan untuk menderma. Darah kita dapat menyelamatkan nyawa.

No comments: