Tuesday 19 October 2010

Long post after a long hiatus

Lama betul rasanye tak mem'blog' hal sendiri.. dah la hari tu hutang a few post.. lepas tu terus senyap.. hehe

Ok ok.. so hari ni kira nak bayar hutang-hutang post yang mana terlarat la ye..

Sebelum tu nak cerita sket pasal tragedi yang telah menimpa keluarga Anis masa Aidilfitri yang lepas..

Abah, atuk Anis yang amat dikasihi, telah kembali ke Rahmatullah pada pagi raya ke-11, 20 Sep 2010. Pada hari Ahad, 5 hari sebelum raya, sedang Abah berjalan ke surau untuk menunaikan solat isyak, dia telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal.. Abah mengalami kecederaan pada kaki & tulang belakang dan pendarahan dalam kepala dan dimasukkan ke wad ICU kerana tak sedarkan diri..

Selepas 2 hari, Abah sedar tapi masih lemah & tak boleh bercakap.. lepas tu tahap kesedarannya semakin menurun dan takde apa yang boleh kami buat kecuali bisikkan kata-kata semangat, doa & tawakal. Hari raya pun Anis & family di hospital menunggu Abah.. cuma 2 hari pertama je pegi beraya dengan adik-adik ke rumah saudara-mara yang dekat untuk sampaikan berita.. Raya ke-5 Anis terpaksa balik KL sebab dah start kerja.. setiap hari call Mama tanyakan keadaan Abah.. Mama cuma cakap takde perubahan lagi..

Pagi raya ke-11, waktu Anis on the way ke ofis dapat call dari aunty kata Abah dah meninggal.. pastu patah balik rumah, cepat-cepat kemas and terus balik kampung dengan adik-adik.. Nasib baik sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.. so sempat la tengok muka Abah for the last time.. Sebelum Abah meninggal Anis cuma sempat berbisik kat telinga dia meminta maaf segala salah & silap.. harap-harap Abah dengar..

Macam tu rupanya camne Allah nak tarik balik nikmat yang Dia bagi kat kita.. sekelip mata je.. Anis doakan arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. InsyaAllah..

Ok dah takmo sedih-sedih.. life must go on rite..

Ni nak citer plak pasal job interviews yang Anis mention a few months back.. ada 4 interview yang Anis pegi and dari 4 tu Anis dapat 2 job offer plus counter offer dari Aker lepas Anis tender resign.. lepas difikirkan pros & cons Anis decide untuk terima offer dari MMC O&G.. so 1 Okt lepas Anis dah start keje kat ofis baru.. ofisnye kat Menara Promenade, Jalan Tun Razak.. belakang Ampang Park..

Experience tempat baru? Next post la Anis citer.. hehe..

Tu je la yang larat nak citer time ni.. sambung lain kali ye..

Have a nice day my dear readers..

1 comment:

mama glam said...

innalillahi wa inna ilaihi rojiun... moga roh arwah dicucuri rahmat. Aminnnn...