Monday 7 February 2011

Hari memanjakan diri

SPA TREATMENT AT DE RATU' SPA

Z: Anis, jom teman Z pegi mandi susu nak?

Anis: Mandi susu? Ko dah nak kawen boleh la pegi mandi susu.. Anis kawen pun belum tentu nak watpe mandi susu?

Z: Alaa..boleh je.. Mandi susu tu bukan untuk orang nak kawen je.. Tak pun Anis pegi mandi bunga.. boleh naik seri..

Anis: Hurmmm..orait gak tu..


So weekend lepas kitorang pegi la memanjakan diri kat De Ratu’ Spa, Shah Alam.

Kenapa pilih spa ni? Sebab pakej dia agak murah compare dengan spa-spa lain. Kami ni spa virgin so pilih la yang termampu dulu.

Kitorang signup pakej istimewa De Ratu’.. dalam pakej tu ada sauna herba + lulur + mandi susu/bunga + facial.. and percuma foot steam.. harga pakej hanya RM140..

First treatment: Foot Steam

Rendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam laut khas selama 15 minit. Tujuannye untuk matikan kuman kot.. akak tu cakap kalau kaki kita sakit masa rendam tu menandakan tahap kolesterol kita tinggi.. nasib baik kaki Anis tak sakit.. meaning my cholesterol level is normal.. yeay!!

Second treatment: Sauna Herba

Kena duduk dalam sauna tent selama 20 minit. Memang boleh kurus kalau selalu buat sauna ni.. berpeluh tak hengat.. Kebaikan sauna herba ni adalah untuk mencantikkan kulit..

Third treatment: Lulur

Treatment ni yang paling Anis suka.. seluruh badan akan dilulur (meaning scrub) dengan sejenis scrub yang dibuat sendiri oleh owner spa daripada beras dan susu.. sambil lulur sambil massage so memang best sangat..
Kenapa Anis suka sebab lepas buat treatment ni Anis notice kulit jadi licin dan lebih cerah..

Fourth treatment: Mandi Bunga

Apa yang menarik mandi kat spa ni ialah dia gunakan mesin spa ultrasonic.. Nak tau lebih lanjut pasal mandian ultrasonic sila baca di sini.
Anis amik mandi bunga.. so air dalam tub tu dimasukkan bunga dan potongan limau purut.. rendam dalam tu selama 15 minit.. sampai ke rambut bau limau purut.. rasa fresh je..

Fifth treatment: Facial

Facial kat sini sangat memuaskan.. sungguh-sungguh akak tu belek muka Anis sampai betul-betul habis semua blackhead..

Semua treatment ni amik masa dalam 3 jam lebih.. kalau boleh make yourself free the whole day kalau nak pegi spa.. jangan rushing nanti baik-baik nak relaks makin stress pulak..

Ada couple of things je Anis nak komen pasal spa ni.. kalau boleh tolong provide fresh towel lepas customer shower lepas lulur tu.. and selimut during facial sebab agak sejuk bila kaki terdedah..

Everything else sangat memuaskan and Anis recommend pada sesape yang nak try De Ratu' Spa..

No comments: