Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Monday, 7 February 2011

Hari memanjakan diri

SPA TREATMENT AT DE RATU' SPA

Z: Anis, jom teman Z pegi mandi susu nak?

Anis: Mandi susu? Ko dah nak kawen boleh la pegi mandi susu.. Anis kawen pun belum tentu nak watpe mandi susu?

Z: Alaa..boleh je.. Mandi susu tu bukan untuk orang nak kawen je.. Tak pun Anis pegi mandi bunga.. boleh naik seri..

Anis: Hurmmm..orait gak tu..


So weekend lepas kitorang pegi la memanjakan diri kat De Ratu’ Spa, Shah Alam.

Kenapa pilih spa ni? Sebab pakej dia agak murah compare dengan spa-spa lain. Kami ni spa virgin so pilih la yang termampu dulu.

Kitorang signup pakej istimewa De Ratu’.. dalam pakej tu ada sauna herba + lulur + mandi susu/bunga + facial.. and percuma foot steam.. harga pakej hanya RM140..

First treatment: Foot Steam

Rendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam laut khas selama 15 minit. Tujuannye untuk matikan kuman kot.. akak tu cakap kalau kaki kita sakit masa rendam tu menandakan tahap kolesterol kita tinggi.. nasib baik kaki Anis tak sakit.. meaning my cholesterol level is normal.. yeay!!

Second treatment: Sauna Herba

Kena duduk dalam sauna tent selama 20 minit. Memang boleh kurus kalau selalu buat sauna ni.. berpeluh tak hengat.. Kebaikan sauna herba ni adalah untuk mencantikkan kulit..

Third treatment: Lulur

Treatment ni yang paling Anis suka.. seluruh badan akan dilulur (meaning scrub) dengan sejenis scrub yang dibuat sendiri oleh owner spa daripada beras dan susu.. sambil lulur sambil massage so memang best sangat..
Kenapa Anis suka sebab lepas buat treatment ni Anis notice kulit jadi licin dan lebih cerah..

Fourth treatment: Mandi Bunga

Apa yang menarik mandi kat spa ni ialah dia gunakan mesin spa ultrasonic.. Nak tau lebih lanjut pasal mandian ultrasonic sila baca di sini.
Anis amik mandi bunga.. so air dalam tub tu dimasukkan bunga dan potongan limau purut.. rendam dalam tu selama 15 minit.. sampai ke rambut bau limau purut.. rasa fresh je..

Fifth treatment: Facial

Facial kat sini sangat memuaskan.. sungguh-sungguh akak tu belek muka Anis sampai betul-betul habis semua blackhead..

Semua treatment ni amik masa dalam 3 jam lebih.. kalau boleh make yourself free the whole day kalau nak pegi spa.. jangan rushing nanti baik-baik nak relaks makin stress pulak..

Ada couple of things je Anis nak komen pasal spa ni.. kalau boleh tolong provide fresh towel lepas customer shower lepas lulur tu.. and selimut during facial sebab agak sejuk bila kaki terdedah..

Everything else sangat memuaskan and Anis recommend pada sesape yang nak try De Ratu' Spa..

Sunday, 25 April 2010

Hypothyroidism and Me

Just wanna share a few info about thyroid disease and my personal experience as someone who has been diagnosed with thyroid disease for almost 12 years..

Sebenarnya ramai yang tak familiar dengan penyakit nih.. sebab ia tak lah sekronik kanser atau diabetes.. tapi kalau tak dirawat boleh mendatangkan komplikasi lain..

Apa itu tiroid?
Tiroid adalah kelenjar yang berfungsi mengeluarkan hormon tiroid untuk mengawal metabolisma manusia.

Apa itu penyakit tiroid?
Ada 2 jenis penyakit tiroid; hipertiroidisme dan hipotiroidisme.
Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon yang berlebihan dan sebaliknya bagi hipotiroidisme.

Tanda-tanda orang yang menghidap hipertiroidisme:
- Bengkak di leher
- Degupan jantung bertambah
- Haid tidak teratur
- Berat badan menurun
- Osteoporosis
- Pengeluaran peluh bertambah

Tanda-tanda orang yang menghidap hipotiroidisme:
- Lemah
- Murung
- Osteoporosis
- Berat badan meningkat
- Kulit kering dan gatal
- Kurang daya ingatan

Rawatan untuk hipertiroidisme:
- Ubatan; carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal penghasilan hormon
- Pembedahan mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid

Rawatan untuk hipotiroidisme:
- Ubatan; levothyroxine untuk menambah hormon tiroid yang perlu dimakan setiap hari seumur hidup

---

Pengalaman Anis pulak.. masa sekolah menengah Anis kena hipertiroid.. leher Anis bengkak, tapak tangan kerap berpeluh dan terketar-ketar and berat badan tak naik-naik walaupun kuat makan.. lepas SPM Anis buat operation untuk buang keseluruhan kelenjar tiroid.. sejak daripada tu Anis menghidap hipotiroid dan kena makan ubat sebab dah takde kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon.. mengikut doktor Anis kena makan ubat ni seumur hidup and buat blood test setiap 3 bulan untuk monitor level hormon tiroid dalam badan.. and kalau tak makan ubat Anis akan mudah penat dan kalau Anis tak jaga makan berat badan akan naik mendadak..

Walaupun tak rasa sakit tapi penyakit ni still kena rawat sebab kalau tak ia boleh menyebabkan obesiti, sakit sendi, masalah kesuburan dan komplikasi kepada jantung..

So Anis nasihatkan pada sesiapa yang ada tanda-tanda seperti kat atas tu cepat-cepat la pegi check doktor ek..

*Health info from Wikipedia