Saturday, 22 January 2011

Fv = 0.4Fy

Apa kes bagi formula shear stress ni.. hahaha
Camni la jadinye kalau dah tido bola keje, makan bola keje..

Sebenarnye nak citer what I do for living.. tengok gambar kat bawah ni.. itulah apa yang Anis buat kat ofis day in day out..
Bukan la Anis sorang but a team of orang-yang-suka-menstresskan-diri-sendiri-demi-sesuap-nasi designing this thing we called 'fixed offshore platform'.
So keje harian oil & gas consultant adalah untuk menghasilkan benda alah kat bawah ni..



Kejenye boleh dikatakan mencabar dan memerlukan daya tahan yang kuat.. expect long hours and working on weekends.. but every hour spent you will get paid.. meaning kalau kerja overtime company akan bayar ikut rate gaji kita.. unlike some company yang tak bayar tapi expect staf dia untuk kerja lebih masa.. kira berbaloi la..

So to young engineers or soon-to-be engineers.. do try your luck in oil & gas industry.. insyaAllah you'll have a bright future..

Tuesday, 4 January 2011

My Dream Home: The Search

Salah satu target orang yang dah bekerja ni semestinya memiliki rumah sendiri. Bila diri rasa dah mampu nak beli rumah idaman, mula la surfing laman web property atau pegi survey mana-mana rumah contoh. Rumah pun ada macam-macam jenis - banglo, super-link, kondo, apartmen - dengan macam-macam price tag - dari 100k sampai berjuta-juta hengget - tinggal pilih je yang mana berkenan di hati atau wallet atau hati.. sukati la..

Finally after 6 years working baru Anis rasa mampu untuk beli rumah sendiri - meaning 100% duit sendiri, takde buat loan Pa.Ma ye.. tapi buat loan bank la.. kalau nak beli cash sampai jadi nenek kebayan bongkok dua belas pun belum tentu boleh beli..

Misi pencarian rumah idaman bermula. In my case, kondo idaman.

Before that being the organised-perfectionist person I am *cough perasan cough* I prepared a checklist to bring along during my visits to all the units. Bukan apa kalau dah plan nak tengok lebih dari 3 buah unit, wajib lah ada checklist.. kalau tak camne nak ingat unit mana yang bagi aircond, unit mana yang ada 2 covered carpark, unit mana yang maintenance fee rendah.. bla bla bla..

Mula-mula set kan location mana yang Anis minat - dalam lingkungan 5km dari Melawati - because location is important. Anis suka area yang green and serene. And of course easy access to the city.

UNIT NO. 1 - Villa Wangsamas, Wangsa Maju
Pros:
- comes with kitchen cabinet, aircond and water heater
- dekat dengan ofis, 10 mins to KL city centre

Cons:
- very high density

UNIT NO. 2 - 3 Residen, Melawati
Pros:
- love its open kitchen concept
- nestled amid greenery area at the foothill of Bukit Tabur
- development of a renowned developer, Sime Darby Properties

Cons:
- high price tag for small size

UNIT NO. 3 - Platinum Hill PV8, Setapak
Pros:
- nice view of KLCC and Bukit Tabur from the balcony
- spacious size

Cons:
- not in favor with the floor layout

UNIT NO. 4 - Selayang Springs, Selayang
Pros:
- attractive price with free renovation package
- like the floor layout with open kitchen concept
- green and serene

Cons:
- quite far from the city, 15 mins from KL city centre

Actually ada a few lagi unit yang Anis tengok tapi 4 unit kat atas ni yang dah Anis shortlist kan.

After a few thoughts and discussion, Anis decide untuk beli unit Selayang Springs. Sebenarnya suka 3 Residen tapi mahal sangat.. Selayang Springs ni ada surrounding macam 3 Residen and the open kitchen tapi lebih murah.. terus grab je la.

Image from Google

InsyaAllah kondo ni siap akhir tahun 2011.

Lepas ni fikir nak decorate rumah baru la plak.

Alhamdulillah..

Thursday, 30 December 2010

2 0 1 1

TIME FOR NEW RESOLUTIONS

Recap 2010.

1. Finish up jewelry order - DONE!
2. Jewelry making class - still in the folder under 'Another Idea' collecting dust..
3. Get engaged - FAILED!
4. Career advancement - left Aker and joined MMC
5. Umrah - tak sempat tahun ni.. insyaAllah tahun depan
6. Socialize more - banyak gi melalak kat karaoke je.. sejak Wangsa Walk buka tahun ni

So what's for 2011.. Can I not make any resolution this year? Nway I've done a long term to-do list - right-side of the blog - already..

One thing I'm sure of is that I'm going to swarm myself with work and not think about love, relationship and marriage..

HAPPY 2011 DARLINGS!!!

TWO more days to go

OMG!

Korang sedar tak dah penghujung 2010. Pantasnya masa berlalu, lebih pantas dari Shinkansen kat Jepun - nak tau apa tu Shinkansen, pegi sini - tetiba je dah nak masuk 2011.

Macam biasa, masa ni la nak review balik azam yang dibuat awal tahun dan buat azam baru. Tak pun recycle azam lama. Huhu..

Tapi sebelum tu Anis tukar layout dulu la. Tema untuk tahun 2011, SIMPLE.

Apa ye azam untuk 2011? Hurmmm..

Tuesday, 19 October 2010

Long post after a long hiatus

Lama betul rasanye tak mem'blog' hal sendiri.. dah la hari tu hutang a few post.. lepas tu terus senyap.. hehe

Ok ok.. so hari ni kira nak bayar hutang-hutang post yang mana terlarat la ye..

Sebelum tu nak cerita sket pasal tragedi yang telah menimpa keluarga Anis masa Aidilfitri yang lepas..

Abah, atuk Anis yang amat dikasihi, telah kembali ke Rahmatullah pada pagi raya ke-11, 20 Sep 2010. Pada hari Ahad, 5 hari sebelum raya, sedang Abah berjalan ke surau untuk menunaikan solat isyak, dia telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal.. Abah mengalami kecederaan pada kaki & tulang belakang dan pendarahan dalam kepala dan dimasukkan ke wad ICU kerana tak sedarkan diri..

Selepas 2 hari, Abah sedar tapi masih lemah & tak boleh bercakap.. lepas tu tahap kesedarannya semakin menurun dan takde apa yang boleh kami buat kecuali bisikkan kata-kata semangat, doa & tawakal. Hari raya pun Anis & family di hospital menunggu Abah.. cuma 2 hari pertama je pegi beraya dengan adik-adik ke rumah saudara-mara yang dekat untuk sampaikan berita.. Raya ke-5 Anis terpaksa balik KL sebab dah start kerja.. setiap hari call Mama tanyakan keadaan Abah.. Mama cuma cakap takde perubahan lagi..

Pagi raya ke-11, waktu Anis on the way ke ofis dapat call dari aunty kata Abah dah meninggal.. pastu patah balik rumah, cepat-cepat kemas and terus balik kampung dengan adik-adik.. Nasib baik sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.. so sempat la tengok muka Abah for the last time.. Sebelum Abah meninggal Anis cuma sempat berbisik kat telinga dia meminta maaf segala salah & silap.. harap-harap Abah dengar..

Macam tu rupanya camne Allah nak tarik balik nikmat yang Dia bagi kat kita.. sekelip mata je.. Anis doakan arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. InsyaAllah..

Ok dah takmo sedih-sedih.. life must go on rite..

Ni nak citer plak pasal job interviews yang Anis mention a few months back.. ada 4 interview yang Anis pegi and dari 4 tu Anis dapat 2 job offer plus counter offer dari Aker lepas Anis tender resign.. lepas difikirkan pros & cons Anis decide untuk terima offer dari MMC O&G.. so 1 Okt lepas Anis dah start keje kat ofis baru.. ofisnye kat Menara Promenade, Jalan Tun Razak.. belakang Ampang Park..

Experience tempat baru? Next post la Anis citer.. hehe..

Tu je la yang larat nak citer time ni.. sambung lain kali ye..

Have a nice day my dear readers..